BM | EN | 中文

Kelas dalam talian: Ada pelajar terpaksa tunggu giliran adik-beradik untuk guna peranti

Muhammad-Taqiuddin-Cheman-Adun-Pulai-Sebatang.png
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 2 DIS: Terdapat kes di Johor bahawa pelajar terpaksa menunggu giliran di kalangan adik-beradiknya untuk menggunakan peranti milik ibubapa bagi menjalani kelas Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR) secara dalam talian.

Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, sehingga 29 November 2020, mengikut data pelaporan PDPR Johor, dari 332,247 PDPR yang dillaporkan, hanya sebanyak 53.32 peratus sahaja pelajar mengikuti pembelajaran secara online.

Manakala 25.33 peratus yang mengikuti secara offline dan sebanyak 21.11 peratus lagi tidak mengikuti PDPR, atau kira-kira 70,137 orang pelajar.

Advertisement

“Ini satu jumlah yang besar sebenarnya dan perlu kita beri perhatian sebaiknya.

“Perlu ada “sense of urgency” dari pihak kerajaan untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal dalam pelajaran berikutan pelaksanaan PDPR,” katanya pada perbahasan perbekalan Belanjawan Johor 2021 di Dewan Undangan Negeri semalam.

Selain itu katanya sebanyak 143,441 kes dilaporkan bahawa pelajar menggunakan peranti milik ibubapa mereka untuk menjalani kelas secara atas talian.

Advertisement

Manakala 62,735 kes tiada capaian internet dan sebanyak 16,016 kes tiada peranti untuk mengikuti kelas atas talian dilaporkan.

“Ini sebenarnya mengurangkan keselesaan kepada ibubapa dan pelajar kerana ada yang terpaksa menunggu adik beradiknya selesai kelas, barulah dia boleh mengikuti kelasnya sendiri,” ujarnya lanjut.

Justeru itu, beliau berharap kerajaan dapat memastikan pelajar, guru dan ibubapa boleh melalui suasana pembelajaran, pengajaran dan sistem sokongan yang lebih kondusif.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top