BM | EN | 中文

Kelab Sempoiboogie bakal tubuh kelab luncur di sekolah, tawar tunjuk ajar percuma

kelab-sempoiboogie-1-01-scaled.jpg

Sesi pengenalan Kelab Sempoiboogie bersama murid yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sedili Kechil, baru-baru ini.

Advertisement

KOTA TINGGI, 31 DIS : Terpanggil atas dasar tanggungjawab sosial, Kelab Sempoiboogie sebuah kelab luncur, di sini berhasrat menawarkan tunjuk ajar secara percuma kepada murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sedili Kechil.

Pengerusinya, Mohamad Aminullah Rahmat berkata, pendedahan yang lebih menyeluruh itu mensasarkan murid berumur 10 hingga 12 tahun yang bakal menjadi ahli kelab luncur tanpa sebarang bayaran dikenakan.

“Bersesuaian dengan lokasi SK Sedili Kechil yang berhampiran dengan Pantai Tanjung Buluh, sememangnya sesuai dengan aktiviti luncur air sekali gus menjadi asas bagi penubuhan kelab ini.

Advertisement

“Tambahan pula jarak hanya sekitar 1.5 km dari sekolah ke lokasi pantai. Kami terpanggil atas dasar tanggungjawab sosial kelab dan sememangnya berhasrat memberikan segala tunjuk ajar yang lebih menyeluruh kepada murid sasaran ini,” katanya kepada JohorKini.

Tambahnya, di Johor, sukan luncur air kurang diceburi di peringkat awal di atas beberapa faktor kekangan dan kurangnya pendedahan di peringkat rendah atau amalan gaya hidup ini kurang di terapkan.

Katanya, di Pahang contohnya, telah berjaya melahirkan bakat-bakat muda dalam sukan itu seawal umur 8 tahun dan mula menyertai pertandingan luncur bagi kategori rendah.

Advertisement

“Justeru itu, dengan penubuhan kelab luncur ini yang dijangka dilancarkan pada 19 Januari ini, semoga akan dapat melahirkan bakat baru dalam sukan luncur ini atau setidaknya boleh menjadi amalan gaya hidup sihat,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top