BM | EN | 中文

Kelab luar perlu jumpa pengarah teknikal, pengarah sukan JDT sebelum buat tawaran

alistair-edwards-JDT.png

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Mana-mana kelab dari luar negara yang berminat mendapatkan khidmat pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu berjumpa dengan wakil kelab berkenaan sebelum mengambil langkah seterusnya.

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards berkata pihak pengurusan kelab telah melantik beliau dan Pengarah Sukan pasukan Martin Prest sebagai wakil JDT bagi tujuan berkenaan.

“Jika ada kelab-kelab luar negara yang berminat dengan mana-mana pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), orang pertama yang akan tahu mengenainya adalah saya sebagai Pengarah Teknikal atau Martin Prest selaku Pengarah Sukan.

“Mereka akan menghubungi JDT. Jikalau tiada sebarang komunikasi tetapi terdapat mana-mana ejen tempatan yang mendakwa ada minat dari luar negara, ia adalah hanya dua perkara. Sama ada cerita tersebut adalah cerita dongeng ataupun ejen tersebut hendak membuat duit.

“Sekiranya perkara itu adalah benar, kelab tersebut ataupun ejen luar negara yang dilantik oleh mereka akan menghubungi kami sendiri,” katanya dalam kiriman di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Edwards yang juga bekas pemain mendedahkan bahawa JDT adalah antara pasukan di Malaysia yang berjaya menjual pemain importnya kepada kelab luar, antaranya penyerang kelahiran Argentina Juan Martin Lucero, kepada kelab Mexico, Tijuana dengan bayaran US$2.5 juta (RM10.689 juta) pada 2017.

“Kami mempunyai pengalaman dalam ‘the business of football’ dimana kami adalah satu-satunya kelab dalam negara yang menjual pemain.

“Contohnya kami telah menjual Juan Martin Lucero sebanyak USD2.5 juta,” ujarnya.

Edwards mengulas mengenai laporan mengatakan beberapa kelab luar negara berminat untuk mendapatkan khidmat pemain JDT seperti Muhammad Safawi Rasid dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top