BM | EN | 中文

Kelab Golf Horizon Hills di Johor sertai Destinasi Asian Tour

Horizon-Hills-Golf-Country-Club.jpg

Kelab Golf Horizon Hills (Gambar Ehsan sgmytaxi.com)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Kelab Golf Horizon Hills di Johor menjadi satu daripada empat kelab Golf menyertai senarai terkini Destinasi Asian Tour, satu jaringan eksklusif kelab golf elit dengan hubungan terus Asian Tour.

Tiga lagi kelab lain adalah Laguna Golf Lang Co di Vietnam, serta Sapporo Country Club dan North Country Golf Club, yang kedua-duanya terletak di Jepun.

Komisioner dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Tour Cho Minn Thant berkata, mereka gembira dengan penambahan senarai kelab golf yang telah menjadi sebahagian daripada Destinasi Asian Tour.

Advertisement

“Objektif utama Destinasi Asian Tour adalah untuk menyediakan satu program keahlian gabungan antara venue bersekutu dan Asian Tour, yang akan menjadi pemangkin peningkatan dan perkembangan demi kebaikan sukan golf di rantau ini secara amnya,” katanya seperti disiarkan pada laman sesawang Asian Tour, www.asiantour.com.

Pengarah Kelab, Perbandaran dan Pengurusan Hartanah Gamuda Land Tang Meng Loon berkata, syarikat itu berbangga kerana fasiliti golf mereka kini termasuk dalam Destinasi Asian Tour.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top