BM | EN | 中文

Kekosongan kerja ditinggalkan PATI boleh diisi anak muda tempatan

PATI-pendatang-asing-pati-imigresen-bernama.jpg
Advertisement

MUAR, 23 JUN: Kekosongan kerja yang ditinggalkan pekerja asing tanpa izin (PATI) boleh diisi anak muda tempatan terutamanya di negeri Johor.

Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Mansor Abu Hamid berkata, berikutan operasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membanteras kemasukan PATI di negeri ini sudah tentu sektor tersebut memerlukan tenaga kerja.

Muhammad Mansor Abu Hamid

Mansor berkata ia merupakan peluang kepada anak muda di negeri ini memenuhi kekosongan tersebut.

Advertisement

“Pasca Covid-19 kita maklum bahawa ramai anak muda yang berdepan dengan masalah pemberhentian dan kurangnya peluang mendapatkan pekerjaan.

“Namun peluang yang ditinggalkan bukanlah pekerjaan yang selesa dan anak muda perlu bersedia berhadapan dengan keadaan tersebut.

“Anak muda perlu meraih peluang ini dan tidak seharusnya memilih sebaliknya menyahut cabaran, contohnya pekerjaan kontrak pembinaan, pembersihan dan juga di ladang-ladang sawit,” ujarnya.

Advertisement

Mansor dalam pada itu berkata Pemuda Amanah Johor turut menyampaikan penghargaan kepada PDRM kerana konsisten membanteras kemasukan PATI dan sindiket penyeludupan migran di negeri ini.

Beliau turut menyeru agar anak-anak muda di negeri ini merebut peluang supaya lambakan pekerja asing sebelum ini tidak akan berulang kembali.

“Tindakan tegas dari PDRM itu membolehkan peluang tersebut mampu diraih oleh anak muda,” kata Mansor.

Advertisement

Selain itu katanya anak muda di negeri ini disaran menimba pengalaman baharu dan meningkatkan kualiti pekerjaan agar mampu bersaing di masa akan datang.

“Dalam masa yang sama, mereka harus berusaha memajukan diri untuk di suatu masa nanti menjadi usahawan, menubuhkan syarikat sendiri dengan apa yang mereka timba sepanjang berkerja di sektor baharu ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top