BM | EN | 中文

Kekerapan cabutan nombor ramalan jejas institusi keluarga – Wanita Amanah Johor

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg
Advertisement

MUAR, 1 JAN: Penambahan kekerapan cabutan khas nombor ramalan yang diluluskan kerajaan dikhuatiri menjejaskan institusi kekeluargaan, kata Adun Maharani, Nor Hayati Bachok.

Beliau ketika dihubungi berkata keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu dibimbangi mengganggu ekonomi keluarga susulan terpengaruh untuk lebih kerap mencuba nasib melalui kegiatan perjudian.

“Kita kesal dengan keputusan ini dan kita tidak setuju kerajaan menambah kekerapan cabutan khas nombor ramalan tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai.

Advertisement

“Rakyat yang dalam kesempitan kini dihidangkan dengan peluang perjudian secara terbuka seperti yang berlaku hari ini. Tidak ada insiatif langsung kerajaan menghindarkan masyarakat dari penyakit judi.

“Perlu diingat, tabiat berjudi ini berisiko merosakkan institusi kekeluargaan. Ini kerana kesan ‘tahi judi’ boleh memudaratkan sekiranya ia digalakkan oleh kerajaan,” tegasnya.

Beliau yang merupakan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor berkata terdapat banyak kes individu yang terjebak dengan kegiatan membeli nombor ramalan akhirnya membawa kepada ketagihan.

Advertisement

“Dalam kajian menunjukkan peratusan sebanyak 75 peratus kes-kes keruntuhan keluarga berpunca daripada faktor kewangan.

“Dan sebanyak hampir 70 peratus pemain nombor ramalan adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah iaitu B40 dalam negara ini.

“Graf ini amat membimbangkan apatah lagi dalam keadaan kesempitan ekonomi yang mencabar hari ini.

Advertisement

“Aspek keharmonian rumah tangga atau institusi keluarga yang semakin rapuh dalam masyarakat kini dikhuatiri menjadi lebih parah dengan krisis ekonomi keluarga akibat gejala perjudian ini,” tegasnya lagi.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menimbang serta merombak semula kekerapan cabutan khas tersebut demi memelihara kesejahteraan institusi keluarga di negara ini.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top