BM | EN | 中文

Kekangan peranti dan komputer, MB Negeri Sembilan cadang PdPR melalui televisyen

Aminuddin-Harun-negeri-sembilan-MB.jpg

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amiruddin Harun

Advertisement

SEREMBAN, 21 JAN: Kerajaan boleh menggunakan saluran televisyen khusus untuk proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) selepas sekolah ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia berikutan banyak aduan di kalangan ibu bapa, guru dan pelajar yang berdepan masalah ketiadaan peranti elektronik atau komputer bagi mengikuti pembelajaran selain liputan iinternet yang terhad.

“Memandangkan kekangan yang dihadapi oleh sebahagian ibubapa dalam tempoh PKP ini, saya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar menggunakan medium televisyen untuk menjalankan PdP.

Advertisement

“Satu saluran khas mungkin boleh diwujudkan dan pengisian saluran tersebut boleh dibahagikan mengikut silibus.

“Manakala guru pula boleh memberikan kerja rumah berdasarkan PdP yang disiarkan melalui saluran tersebut.

“Penggunaan medium tersebut akan meringankan beban para ibu bapa yang mempunyai kekangan untuk menyediakan telefon pintar atau komputer riba bagi tujuan pembelajaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, sesi persekolahan tahun 2021 tetap dimulakan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di beberapa negeri susulan penularan Covid-19.

Bagaimanapun katanya, pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan peperiksaan antarabangsa setara di negeri-negeri PKP dibenarkan hadir ke sekolah.

Menurutnya, calon yang mengambil peperiksaan awam yang tinggal di asrama di negeri PKP boleh mula kembali ke asrama masing-masing mulai 16 Januari.

Advertisement

Manakala bagi murid-murid yang lain negeri PKP iaitu di sekolah rendah, Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat, serta pelajar-pelajar di Kolej Vokasional semester 2, SVM dan DVM 2020 akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Bagi negeri PKPB dan PKPP semua murid perlu hadir ke sekolah kecuali murid Tingkatan Dua dan Tiga negeri tersebut yang perlu melaksanakan PdPR sehingga 8 Mac 2021 bagi memberi laluan kepada murid SPM 2020.

“Bagi semua murid Matrikulasi pula mereka akan melaksanakan pembelajaran secara hibrid (gabungan antara pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka).

Advertisement

“Bagi institut pendidikan guru, semua pelajar negeri PKPB dan PKPB perlu menjalani pembelajaran bersemuka manakala pelajar negeri PKP melalui PdPR,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top