BM | EN | 中文

Kekang Covid-19: Urusan kaunter JAINJ dibuat dalam khemah depan pejabat

Jabatan-Agama-Islam-Negeri-Johor-JAINJ.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JUN: Jabatan Agama Islan Negeri Johor (JAINJ) akan melaksanakan urusan-urusan kaunternya di luar ruang pejabat, di dalam khemah yang akan didirikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata setiap pelanggan JANIJ yang datang berurusan akan menjalani saringan, terus ke kaunter dan tidak perlu masuk ke pejabat.

Garis panduan itu turut dikeluarkan kepada kakitangan JAINJ.

Advertisement

“Bagi pelanggan atau orang awam yang datang berurusan, diwajibkan membuat saringan suhu di khemah yang disediakan sebelum berurusan di kaunter-kaunter bahagian serta ditandakan dengan pelekat bagi melepasi saringan.

“Mereka juga dikehendaki mengisi borang deklarasi bagi memastikan tiadanya kaitan dengan risiko terhadap penularan COVID-19,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, urusan kaunter JAINJ ditetapkan dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bagi memberikan perkhidmatan yang lebih cepat dan cekap di samping mengekang risiko penularan COVID-19.

Advertisement

“Kerusi di ruangan menunggu dan juga ruang beratur untuk berurusan dipastikan penjarakannya sekurang-kurangnya 1 meter,” katanya lagi.

Manakala saringan untuk kakitangan JAINJ akan dilakukan di lokasi berasingan daripada orang awam dengan setiap mereka diwajibkan membuat saringan suhu sebelum memasuki pejabat dan ditampal pelekat bagi menandakan saringan telah dibuat.

“Semua kakitangan jabatan yang hadir bertugas diwajibkan memakai pelitup muka.

Advertisement

“Jabatan juga telah membekalkan pelitup muka dan sarung tangan getah kepada semua warga kerja serta cecair pembasmi kuman juga dibekalkan bagi kegunaan di setiap bahagian.

“Dalam memastikan penjarakan sosial di pejabat, jadual penggiliran tugas akan dilaksanakan,” tambah Vidyananthan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top