BM | EN | 中文

“KEKALKAN PERPADUAN, CAKAP BERASASKAN FAKTA” – PAK WAN

IMG-20191109-WA0022.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 9 NOV: Anggota Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof meminta semua pihak untuk berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan bercakap berasaskan fakta.

Advertisement

Beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Wan berkata, Pakatan Harapan perlu bergerak sebagai unit yang sepadu, mengenepikan perbezaan dan menunjukkan solidariti sesama rakan parti komponen.

“Kita perlu bercakap berasaskan fakta untuk memastikan kita kekal sebagai satu unit kerajaan yang bersatu,” katanya.

Sementara itu katanya, sebarang tindakan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ekoran kenyataannya yang tular baru-baru ini akan diserahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Advertisement

“Itu kita serah kepada Majlis Presiden PH (untuk ambil sebarang tindakan),” katanya.

Redzuan yang juga Menteri Pembangunan Usahawan turut menyeru agensi media untuk sentiasa melaporkan maklumat yang tepat dan berasaskan fakta.

“Maklumat yang tepat berkaitan dasar-dasar kerajaan amat penting untuk sampai kepada masyarakat. Ini penting bagi membolehkan rakyat menilai prestasi kerajaan.

Advertisement

“Kita masih kerajaan yang baharu, beri kami peluang,” kata Pak Wan.

Terdahulu, beliau hadir ke program Kenduri Rakyat Bersama Pak Wan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tenggayun, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang dan calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top