BM | EN | 中文

Kejuaraan Silat Terbuka Kulai Piala Pegawai Daerah 2019 tarik 216 penyertaan

silat-1-01-scaled.jpg

Para pemenang Kejuaraan Silat Terbuka Kulai Piala Pegawai Daerah 2019 bergambar bersama

Advertisement

KULAI, 2 JAN : Kejuaraan Silat Terbuka Kulai Piala Pegawai Daerah 2019 yang berlangsung baru-baru ini berjaya menarik seramai 216 penyertaan.

Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh berkata, meskipun, baharu pertama kali diadakan, menariknya ia turut menerima penyertaan dari luar negara.

“Kejuaraan Silat Terbuka Kulai Piala Pegawai Daerah 2019 ini adalah yang pertama kali dilaksanakan.

Advertisement

“Saya menyifatkan bahawa pertandingan ini mendapat sambutan yang begitu menggalakan. Ini kerana sasaran awal adalah seramai 150 sahaja, tetapi penyertaan yang diterima adalah seramai 216 orang.

“Ia melibatkan kelab-kelab persatuan dan negeri. Apa yang menariknya Negara Singapura, Indonesia turut menyertai pertandingan ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Penutup Program berkenaan.

Mohd Khir Johari berkata, oleh sebab sambutan yang begitu menggalakkan, kejuaraan ini akan dilaksanakan pada setiap tahun.

Advertisement

“Harapan saya agar generasi silat ini memiliki jati diri pesilat sejati yang tinggi kerana mereka merupakan tulang belakang kepimpinan negara pada masa akan datang.

“Sejarah telah membuktikan tamadun bangsa kita pernah gemilang satu ketika dahulu yang pemangkin kedaulatan bangsa ini ketika itu terdiri daripada orang-orang silat.

“Kembalikanlah semula kegemilangan itu dan andalah para pejuang itu selagi masih mahu menjunjung langit di mana bumi tempat anda berpijak,” katanya lagi.

Advertisement

Kejuaraan itu menyaksikan Pesaka Johor A muncul juara keseluruhan, manakala Kulai A pula Naib juara.

Manakala, lima individu dipilih pesilat terbaik bagi pelbagai kategori iaitu terbuka putra dimenangi Herwan Harrywanto dari Harimau Minangkabau Singapura.

Selain itu, terbuka putri, Nurfatin Hadhirah (Majlis Bandaraya Melaka); usia dini putra, Muhammad Solehuddin (Pengurusan Seni Silat Warisan Bugis Wajok A); usia dini putri, Dania Hanie Azlan (Seligi Tunggal Angkatan Johor) dan master, Hanifah Rohani (Silat Kuntan Sendeng Bandar Seri Alam A).

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top