BM | EN | 中文

Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 dijangka mula Mac ini

Kejuaraan-Cub-Prix-Malaysia-Petronas-2021.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 akan kembali menyajikan 10 pusingan perlumbaan bermula bulan depan dengan empat daripadanya akan tertumpu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dua lagi pusingan akan dianjurkan di Litar Tangkak, Johor, dua lagi di Terengganu manakala baki dua lagi lokasi perlumbaan iaitu pusingan kelima dan kesembilan, masih belum ditetapkan.

“Sekiranya tiada halangan, pihak Cub Prix berharap akan memulakan musim 2021 bulan depan. Namun, harus diingatkan bahawa jadual ini masih tertakluk kepada perubahan semasa,” kata penganjur kejuaraan itu, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg dalam satu kenyataan media semalam.

Advertisement

Menurutnya, jadual sementara itu diatur mengikut prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19 dengan mengambil kira andaian penonton masih lagi tidak dibenarkan berada di litar bagi musim ini.

Dalam masa yang sama, pihak Safe Aim Mutual juga berhasrat menghidupkan semula Kejuaraan Mini Cub Prix yang dikhaskan untuk pelumba cilik berusia enam sehingga 12 tahun, dimana aktiviti ‘pocket bike’ ini dijangka akan bermula pada bulan Mei atau Jun nanti.

Berikut jadual Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021:

Advertisement

Pusingan 1: Sepang Selatan (20-21 Mac)

Pusingan 2 : Tangkak, Johor (10-11 April)

Pusingan 3 : Tangkak, Johor (22-23 Mei)

Advertisement

Pusingan 4 : Litar Permotoran Terengganu (26-27 Jun)

Pusingan 5 : akan dimaklumkan (9-10 Julai)

Pusingan 6 : Sepang Utara (7-8 Ogos)

Advertisement

Pusingan 7 : Sepang Selatan (4-5 Sept)

Pusingan 8 : Litar Permotoran Terengganu (9-10 Okt)

Pusingan 9 : akan dimaklumkan (13-14 Nov)

Advertisement

Pusingan 10 : Sepang Utara (18–19 Dis)

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top