BM | EN | 中文

KEJORA sumbang RM500,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor

kejora-che-zakaria-tabung-bencana-johor.jpg

Gambar Ehsan FB KEJORA

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 JUL: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menyumbang sebanyak RM500,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor dalam usahanya bersama-sama dengan kerajaan negeri dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusinya Datuk Che Zakaria Mohd Salleh kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad bertempat di Pejabat Menteri Besar Johor.

Dalam satu kenyataan semalam, Che Zakaria berkata sumbangan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) lembaga itu bagi membantu dan memberi manfaat kepada Iebih ramai pihak yang memerlukan.

Advertisement

Sepanjang tahun ini, KEJORA telah melaksanakan sebanyak 13 inisiatif program sumbangan dan outreach vaksinisasi COVID-19 Wilayah KEJORA melibatkan peruntukan berjumlah RM889,150 dengan 8,168 penerima manfaat seperti Program Penyampaian Baucar COVID-19, Program Back To School, Program Sumbangan Bakul Makanan, Program outreach daftar vaksin COVID-19, Free Ride To Vac dan pelbagai lagi.

Beliau berkata KEJORA akan terus komited dalam membantu membangunkan agenda modal insan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di kawasan Johor Tenggara.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top