BM | EN | 中文

Kejora minta pemajak tanahnya tampil adu kerugian akibat banjir

Lembaga-Kemajuan-Johor-Tenggara-KEJORA.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) hari ini menggesa pemajak tanahnya yang mengalami kerugian akibat bencana banjir awal bulan lepas tampil membuat laporan bagi memudahkan penyaluran bantuan.

Pengerusinya Datuk Che Zakaria Mohd Salleh berkata setakat ini hanya enam daripada 30 pemajak yang dikatakan terjejas, membuat laporan itu.

“Buat aduan untuk kita semak dan teliti. Kita akan buat perbincangan dan siasat apa bentuk bantuan yang boleh kita salurkan, insya-Allah peruntukan ada untuk kita beri bantuan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bakul makanan, di Taman Bukit Rinting, Masai, di sini hari ini.

Advertisement

Menurutnya 30 pemajak terbabit mengusahakan tanaman kontan selain ternakan ikan.

Sementara itu mengulas bantuan hari ini, Che Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permas, berkata bantuan tersebut merupakan inisiatif bagi membantu mereka yang terkesan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

“Sumbangan berkenaan diharap dapat mengurangkan beban dihadapi mereka dan program ini akan diadakan sekali lagi sebelum Ramadan nanti dengan anggaran 200 penerima melibatkan pemandu teksi di kawasan Pasir Gudang,” katanya.

Advertisement

Bakul makanan bernilai RM50 tersebut disampaikan kepada 60 penerima termasuk pemandu teksi dan bas sekolah dalam kalangan B40 dari Taman Rinting dan Sri Plentong.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top