BM | EN | 中文

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor edisi ke-10 ditangguh

Kejohanan-Hoki-Piala-Sultan-Johor.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan of Johor Cup

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JUL: Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor edisi ke-10 yang dijadualkan berlangsung pada September tahun ini dengan disertai lapan negara di Stadium Hoki Taman Daya, di sini, ditunda sekali lagi berikutan peningkatan kes pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Hoki Johor Datuk Majid Manjit Abdullah berkata kejohanan itu bagaimanapun dijangka dapat diadakan awal tahun depan.

“Kejohanan sepatutnya berlangsung September ini, jadi kami kena buat keputusan dan memaklumkan kepada negara-negara berkenaan untuk membatalkannya disebabkan pandemik COVID-19.

Advertisement

“Tarikh baharu (kejohanan) dijangka pada awal tahun depan iaitu sama ada Januari atau Februari,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata lapan negara yang telah mengesahkan penyertaan bagi edisi ke-10 itu adalah Malaysia, India, Australia, Great Britain, Jepun, Afrika Selatan, Mesir dan Kanada.

“Kesemua negara ini telah mengesahkan penyertaan sejak April lagi dan terdapat tiga negara yang pertama kali menyertai kejohanan ini iaitu Mesir, Kanada dan Afrika Selatan,” katanya.

Advertisement

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor edisi ke-10 sebelum ini dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 10 Okt tahun lepas, namun pada 3 Jun tahun lepas kejohanan itu dilaporkan ditangguhkan September tahun ini selepas pihak penganjur mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top