BM | EN | 中文

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2020 ditangguhkan ke 2021

Kejohanan-Hoki-Piala-Sultan-Johor.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan of Johor Cup

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JUN: Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-10 yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 10 Okt ini di Stadium Hoki Taman Daya di sini, ditangguhkan ke September 2021.

Langkah tersebut dibuat selepas pihak penganjur mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia masa ini.

Pemangku Presiden Persatuan Hoki Johor Datuk Majid Manjit Abdullah berkata penangguhan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Advertisement

“Oleh itu, tarikh baharu kejohanan bagi edisi ini telah ditetapkan pada September tahun depan (2021),” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, dilaporkan Majid Manjit pada 3 Jun menghadap Sultan Johor dan atas nasihat Tuanku, kejohanan tersebut ditangguhkan kerana perlu mengambil kira keadaan kesihatan pemain, jurulatih dan juga penonton.

Setakat ini, katanya empat pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan itu iaitu India, Australia, Great Britain dan Malaysia.

Advertisement

Bagaimanapun, dua lagi pasukan iaitu Jepun dan Jerman pula mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top