BM | EN | 中文

Kejar trip dan ketiadaan operasi punca lori bawa muatan lebih – Ketua Polis Johor

ayob-khan-mydin-pitchay.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 OKT: Tiada operasi di hujung minggu dan sikap tamak mahu mengejar trip yang mendatangkan keuntungan menjadi punca pengusaha dan pemandu lori mengambil risiko membawa muatan lebih sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ini antara alasan yang diperolehi ketika Ops Perdagangan yang dijalankan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak Jun hingga semalam.

Menurut beliau, sebanyak 206 operasi telah dijalankan di seluruh negeri Johor membabitkan pemeriksaan ke atas 261 lori perdagangan.

Advertisement

“Daripada jumlah itu, sebanyak 239 ditahan atas kesalahan membawa muatan lebih daripada had dibenarkan.

“Ini bermakna 91 peratus daripada jumlah diperiksa membawa muatan sehingga 40 peratus lebih daripada had dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi berkenaan di Stesen Timbang JPJ, Ulu Tiram di sini, hari ini.

Menurut Ayob Khan, kebanyakan lori membawa muatan berlebihan dikesan di kawasan kuari serta ladang kelapa sawit, dan didapati membawa muatan seperti kelapa sawit, batu dan pasir.

Advertisement

“Tindakan mereka ini menunjukkan bahawa mereka tidak bertanggungjawab malah sanggup membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain,” katanya.

Sepanjang pelaksanaan Ops Perdagangan itu, sebanyak 3,512 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dan 118 buah lori perdagangan disita.

Selain membawa muatan berlebihan, kesalahan lain turut dikesan termasuk menggunakan tayar celup, tayar tiruan dan tayar botak serta tidak membuat penyelenggaraan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top