BM | EN | 中文

Kei Hirose minat tiki-taka JDT, mahu tewaskan kelab Jepun

Kei-Hirose.jpg

Kei Hirose

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 JAN: Corak permainan dengan gaya taktikal hantaran pantas tiki-taka oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) antara yang menjadi tarikan utama, kata pemain baru kelab yang popular dengan gelaran ‘Harimau Selatan’ itu, Kei Hirose.

Demikian dinyatakan pemain yang berasal dari Jepun itu kepada wartawan pada sidang media hari ini bagi memperkenalkan pemain baru JDT di ibu pejabat kelab itu disini, hari ini.

“Semua (pemain) boleh bermain secara tiki-taka. Saya suka gaya begini.

Advertisement

“Sebelum ini saya bermain (untuk kelab) di Indonesia. Ini kali pertama saya disini. Semua orang tidak tahu cara permainan saya.

“Namun apapun, saya akan bekerjasama dengan jurulatih dan perlu menunjukkan prestasi yang baik,” kata Kei yang sebelum ini bermain di posisi tengah untuk kelab Indonesia, Persela.

Dalam pada itu Kei turut berseloroh, apabila menyatakan hasrat untuk menewaskan kelab bola sepak daripada Jepun.

Advertisement

“Saya mahu menewaskan kelab dari Jepun dalam ACL (Liga Juara-Juara Asia 2020),” kata pemain itu yang mengundang tawa para wartawan.

Pada 1 Januari lalu, kelab dari Jepun, Vissel Kobe dinobatkan juara Piala Maharaja Jepun dan akan berada dalam satu kumpulan dengan JDT bagi saingan ACL 2020.

Selain JDT dan Vissel Kobe, turut berada dalam kumpulan sama adalah Guangzhou Evergrande FC, juara Liga Super China serta wakil Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings.

Advertisement

Pemain yang berusia 25 tahun itu berkata, beliau akan cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru di kelab JDT dan mengharapkan pencapaian yang terbaik bagi tahun 2020.

Kei Hirose sebelum ini pernah menyertai beberapa kelab antarabangsa di Eropah antaranya DescriptionLija Athletic FC dan Mosta FC (Malta), TV Jahn Hiesfeld dan FC Kray II (Jerman).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top