BM | EN | 中文

Keharmonian kaum di negara ini perlu dikekalkan – Amanah Johor

adun-parit-yaani-aminolhuda-hassan.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 FEB: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, prinsip keharmonian yang ada di negara ini perlu terus dikekalkan.

Dalam ucapan Tahun Baharu Cina hari ini beliau berkata, ada golongan tertentu di negara ini yang sentiasa mempermainkan isu perkauman tanpa memikirkan kesan dari isu tersebut.

“Mereka hanya mahu meraih simpati rakyat teramai. Bila mereka diberikan kuasa, tidak ada satu pun niat ikhlas mereka memperjuangkan bangsa yang mereka laungkan sebelumnya.

Advertisement

“Inilah yang membuatkan perpecahan di kalangan rakyat sehingga menimbulkan kebencian antara satu sama lain,” ucapnya.

Aminolhuda berkata, perpecahan akan merugikan rakyat, sedangkan pemimpin dengan agenda peribadi yang memainkan isu tersebut hanya untuk mengekalkan kuasa semata.

Adun Parit Yaani itu berkata, perpadun di antara kaum adalah teras pembangunan negara ini dan seandainya keharmonian tidak terbentuk, hasrat rakyat untuk melihat negara ini kembali di puncak akan pudar.

Advertisement

“Ada parti, pemimpin, individu dan perkumpulan yang mementingkan diri sendiri sehingga mengorbankan keharmonian di negara ini.

“Hari ini rakyat mulai menilai dan melihat bagaimana permainan perkauman ini hanya seloka untuk memecah belahkan sahaja.

“Yang mendapat keuntungan adalah pihak yang mempermainkan perkara tersebut.

Advertisement

“Saya berharap keharmonian ini dapat terjalin erat kembali dan sama-samalah kita berusaha membangunkan negara serta ekonomi kita dalam kehidupan yang mencabar hari ini,” ucapnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top