BM | EN | 中文

Keharmonian antara agama perlu dihargai – Sheikh Umar

krismas-sheikh-umar.jpg

Sheikh Umar menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Sambutan Hari Krismas 2019 di Taman Jaya Paloh

Advertisement

KLUANG, 24 DIS: Seramai 20 buah keluarga dan 16 pelajar diraikan pada Program Sambutan Hari Krismas 2019 di Taman Kota Paloh, di sini, kelmarin.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, sumbangan bersempena sambutan Hari Natal yang akan disambut esok itu selain sebagai persiapan untuk memasuki persekolahan awal bulan depan diharap dapat meringankan golongan yang memerlukan.

“20 buah keluarga itu menerima barangan keperluan manakala enam pelajar menerima barangan sekolah dan selebihnya menerima wang perbelanjaan,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Sheikh Umar yang juga Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berkata, keharmonian dan saling menghormati meskipun berlainan agama merupakan keunikkan yang perlu dihargai di negara ini.

“Semua agama membawa kepada mesej kedamaian. Tentulah saya gembira apabila pihak gereja menjemput saya yang berlainan agama untuk turut serta memeriahkan sambutan majlis ini,” katanya yang memberitahu itu kali pertama beliau mendapat jemputan dari pihak gereja semenjak menjadi wakil rakyat.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top