BM | EN | 中文

KEHADIRAN TUN M MAMPU BAWA AURA – KARMAINE

IMG-20191112-WA0014.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 12 NOV: Kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Pontian esok dijangka akan membawa aura di kalangan pengundi, kata calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini.

Menurutnya, ini kerana Dr Mahathir merupakan seorang yang dikenali ramai sebagai seorang pemimpin dan negarawan yang ulung di dalam dan di luar negara.

Advertisement

Turut kelihatan semasa hari pengundian awal Faridah Aryani (kiri) dan Badhrulhisham (kanan)

“Sebagai calon, kita memang mengharapkan kehadirannya kerana ia memberi impak kepada pengundi-pengundi di sini,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, sokongan sewajarnya diberikan kepada PH terutamanya kerana kerajaan hari ini.

“Saya mohon supaya seluruh pengundi awal hari ini dapat mengundi PH dan sewajarnya penjawat awam harus memberi sokongan kepada kerajaan,” katanya lagi.

Advertisement

Petugas SPR yang bertugas untuk pengundian awal

Terdahulu, Karmaine di lihat hadir di sekitar IPD Pontian bagi meninjau kawasan pengundian awal di situ pada jam 8.30 pagi tadi.

Manakala, Datuk Seri Wee Jeck Seng yang mewakili Barisan Nasional dilihat hadir sekitar 7.50 pagi dan wakil Gerakan Wendy Subramiam pula hadir sekitar jam 8 pagi.

Wakil Berjasa, Datuk Badhrulhisham Abdul Aziz dan calon bebas Faridah Aryani Abdul Ghaffar masing-masing dilihat hadir pada 10 pagi tadi.

Advertisement

Setakat 9 pagi tadi, peratusan keluar mengundi adalah pada 28 peratus.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top