BM | EN | 中文

Kehadiran pelancong luar buka peluang ekonomi Tanjung Piai

tanjung-piai-the-star.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

PONTIAN, 11 NOV: Pembukaan rentas daerah dan negeri memberi nafas baharu kepada pemilik kedai menjual cenderamata di kawasan pelancongan di Tanjung Piai, Siti Haida Abas, 49, setelah sekian lama menyepi tanpa kehadiran pelancong luar.

Sejak dua minggu lalu, kedainya yang sebelum ini sepi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini mula menampakkan sinar apabila ramai pelanggan singgah di gerainya.

Gambar Ehsan Utusan Online

Menjadi satu-satunya kedai menjual cenderamata di kawasan pelancongan itu, Siti Haida berkata, walaupun ketika PKP, gerainya yang dibina oleh Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) sejak 15 tahun lalu tetap beroperasi dengan mengharapkan pembeli daripada penduduk tempatan.

Advertisement

“Semasa PKP, walaupun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa, namun demi kelangsungan hidup, saya meneruskan juga perniagaan ini.

“Tetapi kini alhamdulillah, sejak kerajaan membenarkan rentas negeri, semakin ramai pelanggan terutamanya pelancong dari luar singgah dan membeli barangan cenderamata di kedai saya,” kata ibu tunggal ini, lapor Utusan Online.

Menurut Siti Haida yang ditemui semalam, selain barangan cenderamata serta T-shirt ‘Selamat Datang Ke Tanjung Piai’, dia turut menjual makanan ringan seperti kuih pau, minuman dan jajan kepada pelancong yang datang ke Tanjung Piai Resort dan Taman Negara Johor Tanjung Piai.

Advertisement

Seperti T-shirt katanya, dia menjualnya pada harga antara RM20 hingga RM40 sehelai bergantung kepada kualiti kain yang boleh dijadikan cende­ramata kepada ahli keluarga.

Tidak hanya terbatas kepada cenderamata, kuih dan minuman, ibu kepada tiga cahaya mata ini turut mengusahakan inap desa dan rumah singgahan serta andaman yang sebelum ini turut terhenti semasa PKP lalu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Homestay Tanjung Piai, Petah Taha berkata, kehadiran hampir 7,000 orang pengunjung menyaksikan fenomena air pasang besar di Taman Negara Tanjung Piai baru-baru ini sesuatu yang positif.

Advertisement

Katanya, setelah hampir dua tahun aktiviti pelancongan di Tanjung Piai sepi, kehadiran pelancong membuka peluang ekonomi penduduk tempatan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top