BM | EN | 中文

Kehadiran Mat Sabu di Ledang lonjak semangat ahli Amanah

Amanah-Ledang.jpg
Advertisement

LEDANG, 11 OGOS: Kehadiran Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu ke program di kawasan Ledang di negeri ini menaikkan semangat ahli parti berkenaan.

Kunjungan Presiden yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu itu turut diiringi oleh kepimpinan parti Amanah di Johor itu dalam program taklimat khas bersama Presiden.

Menurut Ketua Amanah Ledang, Azhar Ismail, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan negeri dan nasional yang berkunjung ke kawasan itu untuk memberi penerangan berkenaan isu semasa kepada ahli.

Advertisement

“Selain menaikkan semangat, kehadiran Presiden adalah bertujuan untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) di kawasan ini agar terus memacu suara rakyat yang sebelum ini memberi mandat kepada PH dalam PRU yang lalu.

Azhar Ismail

“Kehadiran beliau juga telah menamatkan khabar angin yang selama ini berlaku selain menangkis berita tidak sahih melalui penerangan tersebut.

“Kita juga mahu mendapatkan penerangan jelas berkenaan dengan politik hari ini dan ke mana arah tuju serta haluan yang akan dibawa selepas ini.

Advertisement

“Kehadiran ini secara langsung membunuh persepsi buruk terhadap Amanah dan PH di Ledang dan Johor,” ujarnya ketika dihubungi wartawan.

Beliau turut merasa lega apabila kehadiran ini telah banyak merubah serta membuka perjalanan baharu untuk meneruskan perjuangan memartabatkan agenda rakyat.

Program yang berlangsung pada 9 Ogos yang lalu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan kepimpinan Amanah serta PH di kawasan Johor dan Ledang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top