BM | EN | 中文

Kegagalan pentadbiran Muhyiddin akan menyusahkan rakyat

Noor-Khalim-Sakib.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 1 FEB: Kegagalan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pasukan kabinetnya akan menyusahkan rakyat.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Noor Khalim Sakib berkata, kebimbangan tersebut jelas apabila kes jangkitan Covid-19 dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan peningkatan tinggi dan dilihat seperti tidak terkawal.

“Angka harian ini tidak menunjukkan tanda penurunan dan ini membimbangkan rakyat.

Advertisement

“Ia tanda kelemahan kerajaan dan mereka perlu sedar hal ini. Kita tidak mahu mereka terus menerus merasakan mereka mampu sedangkan mereka telah gagal.

“Perdana Menteri perlu tahu hal ini dan jangan korbankan rakyat dengan tindakan degilnya yang mahu mempertahankan jawatan serta pasukannya,” tegasnya.

Dalam pada itu beliau turut mengajak agar rakyat menyatakan suara mereka berkenaan dengan kebimbangan tersebut.

Advertisement

Tambahnya, hari ini sudah terdapat suara yang tidak lagi percaya kepada angka kes baharu Covid 19 yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Satu lagi keadaan yang membimbangkan adalah kegagalan ini membuatkan rakyat bosan dan akan terus mengambil mudah dengan keadaan hari ini.

“Sekarang pun sudah terdapat suara-suara yang tidak mempercayai angka kes baharu.

Advertisement

“Segala kepincangan ini perlu diperbetulkan dan saya mengajak rakyat di negara ini untuk menjadi pemerhati serta penegur yang baik kepada kerajaan.

“Kegagalan ini akan menyusahkan rakyat terutamanya mereka yang berada dalam sektor ekonomi kecil seperti peniaga, pekebun dan sebagainya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top