BM | EN | 中文

Kegagalan aplikasi daftar vaksin: Jangan salahkan rakyat jika pendaftaran rendah

Dr-Mohd-Zuhan-Mohd-Zain.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MEI: Kegagalan kerajaan menangani isu kesesakan pada aplikasi pendaftaran vaksin semalam mengecewakan rakyat.

Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, kerajaan sepatutnya tahu aplikasi tersebut bakal menerima kebanjiran pelayar pada masa yang sama, namun dilihat tidak bersedia sehingga menimbulkan kecaman di kalangan pendaftar.

“Selepas ini kerajaan tidak seharusnya menuding jari ke arah rakyat sekiranya tahap pendaftaran vaksin ini lemah dalam negara kita.

Advertisement

“Rata-rata kecewa dengan proses pendaftaran slot pengambilan vaksin walaupun ia kali kedua dilaksanakan.

“Seolah-olah menteri yang bertanggungjawab tidak mengambil iktibar,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah Zuhan, kerajaan seolah-olah mewujudkan suasana terdesak dan memaksa rakyat berebut untuk mendaftarkan diri.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, rakyat Malaysia yang tidak memiliki peranti dibimbangi tdak dapat mendaftarkan diri.

“Bagaimana dengan rakyat yang tiada capaian internet atau tiada peranti untuk menempah slot? Ini menjadikan suasana yang tidak adil kepada golongan ini,” kata Zuhan.

Katanya, tugas kerajaan hari ini adalah menyediakan bekalan vaksin secukupnya kepada rakyat.

Advertisement

“Kita tidak mahu rakyat menganggap kerajaan ini adalah kerajaan gagal kerana jelas mereka gagal membantu rakyat untuk mendapatkan vaksin secukupnya nanti.

“Saya turut menyokong kenyataan untuk pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyiasat syarikat yang membangunkan sistem pendaftaran vaksin ini dan kos yang dikatakan terlalu tinggi dengan hasil yang yang telah ditunjukkan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini peruntukan RM70 juta bagi Integrasi Data dan Sistem Janji Temu melibatkan integrasi dan pembangunan sistem pengantara bagi memudahkan proses pendaftaran penerima vaksin serta pemantauan bekalan vaksin daripada penerimaan sehingga selesai vaksinasi dos lengkap di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Advertisement

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, antara sistem yang akan dibangunkan bagi Integrasi Data dan Sistem Janji Temu itu adalah pengurusan dan pemantauan pencapaian program imunisasi dan pembangunan ‘dashboard’ pelaporan harian.

Menurutnya, turut akan dibangunkan ialah integrasi sistem bagi menghubungkan pangkalan data MySejahtera dengan sistem sedia ada farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pembangunan sistem Chatbot, pembangunan laman portal pendaftaran vaksin, dan sistem pengurusan logistik dan rangkaian penghantaran vaksin, katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top