BM | EN | 中文

Kedudukan Zahid sebagai Presiden UMNO semakin tidak kukuh – Khairy

khairy-jamaluddin-zahid-hamidi.jpg

Gambar Ehsan Malaysia Gazette

Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 APR: Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau Khairy Jamaludin yang mengulangi gesaan supaya pemilihan UMNO perlu diadakan berkata, kedudukan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam parti tersebut semakin tidak kukuh.

Khairy berkata, ini berikutan kebocoran satu klip audio yang didakwa sebagai perbualan antara Ahmad Zahid dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Berikutan itu, beliau mengesa agar Majlis Tertinggi parti itu untuk bertemu segera dan membenarkan untuk pemilihan parti itu diadakan secepat mungkin

Advertisement

“Saya rasa, ramai ahli dalam parti kurang selesa dengan perbualan telefon yang didakwa antara presiden parti kita dengan Anwar. Kedudukan Ahmad Zahid pada saya, kini tidak lagi kukuh dan cara terbaik untuk bergerak kehadapan adakan pemilihan parti, katanya.

Terdahulu Bernama melaporkan Khairy berkata demikian selepas pelancaran Kempen Kesedaran Autisme CHAMPS-NASOM 2021 di Subang Jaya, semalam.

Baru-baru ini, satu rakaman audio perbualan antara dua individu dengan suara menyamai Ahmad Zahid dan Anwar, yang didakwa berlangsung selepas Perhimpunan Agung Umno bocor di sosial media.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top