BM | EN | 中文

KEDUDUKAN MALAYSIA DALAM INDEKS KESELAMATAN MAKANAN GLOBAL MENINGKAT

Salahuddin-Ayub-Global-Food-Security-Index-2.jpg
Advertisement

Salahuddin (dua dari kanan) ketika menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima di program Jom ke Sekolah di pasaraya @Mart, Kempas, hari ini

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (Global Food Security Index) meningkat kepada tangga ke-28 tahun ini, berbanding tangga ke-48 pada tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuklah pengurangan kebergantungan terhadap makanan import.

“Dengan ini, kita telah mengalakkan petani-petani untuk pelbagaikan tanaman mereka, ini termasuklah dengan projek tanaman cash crops.

Advertisement

“Selain itu, kita juga telah tingkatkan eksport di dalam sektor buah-buahan dan ini merupakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang akhbar selepas melancarkan program Jom ke Sekolah yang diadakan di pasaraya @Mart, Kempas di sini, hari ini.

Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai berkata pencapaian cemerlang tersebut diusahakan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam tangga Indeks Keselamatan Makanan Global.

Advertisement

“Kementerian telah melalui halatuju yang telah dibentangkan Februari lalu untuk fokus dalam penambahbaikkan dalam sektor-sektor makanan dan agro makanan,” katanya.

Salahuddin berkata usaha tersebut telah menunjukkan pencapaian positif dan beliau beriltizam agar pihaknya bekerja lebih keras supaya kedudukan Malaysia dalam inkeds tersebut terus meningkat.

“Pada awal tahun hadapan, satu mesyuarat akan diadakan manakala sasaran untuk tahun hadapan akan cuba ditingkatkan walaupun pada waktu ini adalah terlalu awal untuk mensasar angka pencapaian tersebut,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top