BM | EN | 中文

Kediaman pesakit Covid-19 di Bandar Baru Ibrahim Majid jalani sanitasi

nyahcemar-BBIM-simpang-renggam-covid-19.png

Tangkap layar dari saluran Youtube 'Hanafie Eksan' yang memaparkan operasi nyahcemar oleh anggota Bomba keatas rumah pesakit Covid-19 yang positif bagi memastikan jangkitan tidak berulang dan merebak ke kawasan lain (Gambar Ehsan saluran Youtube Hanafie Eksan)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 APR: Kediaman pesakit yang positif wabak Covid-19 di Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam telah menjalani proses sanitasi awam.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan dalam satu kenyataannya hari ini.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor telah menjalankan sanitasi di Bandar Baru Ibrahim Majid pada 30
Mac 2020 dan pada 8 April 2020.

Advertisement

“Sanitasi awam telah dilakukan di kediaman pesakit positif Covid-19, Person Under Investigation – PUI (individu di bawah siasatan) dan Person Under Serveilance – PUS (individu di bawah pengawasan) di Bandar Baru Ibrahim Majid,” kata Vidyananthan.

Tambah Adun Kahang itu, sanitasi awam turut dilakukan di kawasan-kawasan lain terutamanya di deerah dalam Zon Merah di seluruh negeri.

Katanya, sehingga 18 April 2020, secara keseluruhan, operasi sanitasi awam telah dilakukan di 920 lokasi merangkumi 391 (Bangunan Kerajaan), 100 (Rumah Ibadat), 201 (Tempat Awam) dan 228 (Lain-Lain).

Advertisement

Bandar Baru Datuk Ibrahim Majid dan Kampung Datuk Ibrahim Majid merupakan dua penempatan dalam Mukim Ulu Benut di Simpang Renggam, Kluang yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top