BM | EN | 中文

KEDAI TERBAKAR:  2 CEDERA, 5 SELAMAT 

IMG-20191211-WA0024.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 DIS : Tiga cedera termasuk seorang mengalami sesak nafas manakala lima yang lain terselamat dalam kejadian kebakaran kedai yang berlaku di Jalan Camar 1, Taman Perling, pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Tinggi K Karuppannan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 7.58 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama 15 anggota, dua jentera dan sebuah water tanker.

Katanya, seramai 10 anggota dari balai BBP Skudai bersama sebuah jentera dan satu kenderaan EMRS turut dikejarkan ke lokasi.

Advertisement

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai tiga tingkat di mana kebakaran berlaku di tingkat dua dan tiga. 

“Terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan yang terperangkap telah diselamatkan oleh pasukan bomba. Seorang wanita yang mengalami sesak nafas juga berjaya diselamatkan dalam kejadian itu.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan untuk tindakan selanjutnya,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, lima lagi mangsa iaitu seorang perempuan dan empat lelaki juga terselamat dalam kejadian itu.

Jelasnya, pihak bomba menjumpai wang RM1,105 dan sejumlah wang tunai Rupiah 1,000 dan telah diserahkan kepada pemilik disaksikan pihak polis.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top