BM | EN | 中文

Kedai serbaneka 24 jam di Johor Bahru rosak teruk dirempuh kereta

Pemandu-rempuh-kedai-serbaneka-24-jam.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT: Sebuah kedai serbaneka 24 jam, di Jalan Abdullah Tahir, di sini, mengalami kerosakan teruk akibat dirempuh sebuah kereta Toyota Vios, dipandu seorang lelaki dalam kejadian, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kejadian pada kira-kira 3.40 pagi itu turut menyebabkan lelaki tempatan berumur 25 tahun tersebut, mengalami kecederaan parah.

Beliau berkata kedai serbaneka tersebut terletak di bahagian kiri jalan dan ketika kejadian, hanya terdapat seorang pekerja di dalam premis itu, namun pekerja terbabit tidak cedera.

Advertisement

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit hilang kawalan terhadap keretanya ketika melalui Jalan Abdullah Tahir menghala ke Jalan Tebrau, yang menyebabkan terbabas lalu merempuh kedai serbaneka itu.

“Pemandu berkenaan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, di sini,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut sama ada lelaki tersebut memandu di bawah pengaruh alkohol.

Advertisement

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu dengan tidak cermat.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top