BM | EN | 中文

Kedai komputer di Jalan Rahmat, Batu Pahat terbakar

kebakaran.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 21 DIS: Kira-kira 20 peratus dari bahagian kedai Best Komputer yang terletak di Jalan Rahmat, di sini rosak dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Sebahagian kedai Best Komputer di Jalan Rahmat, Batu Pahat yang musnah dalam kebakaran

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.17 pagi.

“Bomba yang menerima panggilan terus bergegas ke lokasi sebelum cuba mengawal kebakaran dan memadam api daripada terus merebak.

Advertisement

“Kerja pemadaman api menggunakan satu aliran salur bantu mula, satu aliran 100 kaki dua pancutan dengan menggunakan air tangki pam daripada jentera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Mohd Fauzi, kerja pemadaman api membabitkan 17 pegawai dan anggota beserta tiga buah jentera bomba.

“Tiada kecederaan yang dilaporkan berlaku kerana ketika kejadian kedai belum dibuka. Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 10 pagi,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top