BM | EN | 中文

Kedai gunting rambut, kedai buah-buahan musnah terbakar

kedai-gunting-e1582017148896.jpg

Kedai gunting rambut dan kedai menjual buah buahan di Taman Pasir Emas, Kampung Pasir Putih di sini yang musnah dalam kebakaran.

Advertisement

PASIR GUDANG, 19 FEB: Sebuah kedai gunting rambut dan kedai menjual buah buahan di Taman Pasir Emas, Kampung Pasir Putih di sini musnah terbakar awal pagi semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Yusri Atan berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kebakaran kedai itu melalui talian MERS999 pada jam 4.16 pagi.

Menurutnya, ekoran itu sebuah jentera dan satu kenderaan EMRS dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan dibantu satu jentera dari BBP Johor Jaya dengan kekuatan seramai 18 anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

Advertisement

“Kebakaran itu melibatkan sebuah kedai gunting rambut dan kedai menjual buah buahan
berstruktur kekal.

“Kebakaran tersebut telah memusnahkan hampir keseluruhan bangunan, bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada jam 6.09 pagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top