BM | EN | 中文

KEDAI DUA TINGKAT DI SKUDAI TERBAKAR 40 PERATUS 

IMG-20191122-WA0008.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 22 NOV : Sebuah kedai dua tingkat di Taman Seri Skudai terbakar 40 peratus dalam kejadian awal pagi, semalam.

Pegawai Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 3.10 pagi di alamat nombor 59 Jalan Kuning 1.

Advertisement

Menurutnya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Skudai dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Turut dikejarkan ke lokasi adalah seramai 11 anggota dengan dua buah jentera dari balai bantuan BBP Johor Bahru.

“Sebaik sampai di lokasi benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah unit bangunan kedai jenis kekal teres dua tingkat yang telah terbakar di bahagian tingkat bawah.

Advertisement

“Keluasan bangunan kedai 22 kaki lebar dan 70 kaki panjang telah terbakar 40 peratus daripada keseluruhan bangunan kedai.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan jam 4.23 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihak bomba masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca dan anggaran kerugian kebakaran itu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top