BM | EN | 中文

Kecoh Exco Belia Johor tak dapat beza “MP Kulai” dengan Majlis Perbandaran Kulai

onn-hafiz-RBA-dapigs.png
Advertisement

KLUANG, 12 NOV: Penyelaras DUN Layang-Layang, Marina Ibrahim menyindir Exco Belia dan Sukan Johor, Onn Hafiz Ghazi selepas ‘kantul’ tidak boleh membezakan terma ahli parlimen dengan Majlis Perbadaran Kulai.

Marina merujuk kiriman di laman media sosial mengenai kerosakan ‘skate park’ di Kulai yang dimuatnaik seorang individu dan ditanda kepada Majlis Perbadaran Kulai.

Onn Hafiz kemudiannya mengulas isu berkenaan dengan mengatakan bahawa ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching sedang sibuk ‘Lahabau’kan orang Melaka.

Advertisement

Onn Hafiz turut melampirkan imej Teo Nie Ching dengan kapsyen ‘Lahabau Melaka, Jom Undi’ yang tetah diturunkan bersama tangkap layar aduan mengenai kerosakan ‘skate park’ di Kulai.

Marina berkata, pihaknya telah menghubungi pengadu dan memaksudkan aduan ditandakan kepada Majlis Perbandaran Kulai, dan bukannya ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

“Pihak kami dah call (hubungi) pengadu. Pengadu yang bijaksana sememangnya menyatakan yang dimaksudkan adalah “Majlis Perbandaran (Kulai),” menurut Marina dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Advertisement

Kata Marina, selepas Exco Johor itu ‘kantul’, Onn memadam komen dan penjelasan yang diberikan.

Onn turut menyelar komen-komen tersebut dan berkata penyokong “DAPigs tidak faham ayat sindiran”.

“Hanya meninggalkan komen yang tidak constructive dan membuang masa,” balas Onn.

Advertisement

Marina dalam reaksinya berkata Adun Layang-Layang itu telah berasa malu, dan bertindak menyekat akaun pengguna yang menegurnya.

“Ayat sindiran? Walhal (Onn) terciduk kemalu-maluan.

“Cakap sahaja dah malu tak dapat bezakan antara MP (Member Of Parliament) dan MPKulai (Majlis Perbandaran).

Advertisement

“Kalau sindiran kenapa delete (padam) semua komen yang berikan penjelasan dan terus (sekat) blocked? soal Marina.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top