BM | EN | 中文

Kebun komuniti PDK Nusajaya diharap jana pendapatan – Adun Kota Iskandar

Dzulkefly-Ahmad-2.jpg
Advertisement

GELANG PATAH, 18 SEPT: Kebun komuniti pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nusajaya yang diilhamkan Adun Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad diharap mampu menjana pendapatan sendiri melalui usahasama digerakkan masyarakat setempat.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata projek itu bertujuan meringankan bebanan pusat tersebut dalam usaha melakukan kerja-kerja sebagai pusat pemulihan masyarakat di kawasan tersebut.

Ujarnya, usaha itu adalah sebagai langkah awal dari kebergantungan pusat tersebut selama ini yang mendapat sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja.

Advertisement

“Kita mengadakan program penanaman cili fertigasi di ruang yang ada di kawasan PDK ini bagi mereka menjana pendapatan setempat di kawasan ini.

“Selain itu di PDK ini juga mereka mampu mengajak serta mendidik pelajar-pelajar di sini untuk belajar cara bercucuk tanam di kawasan yang telah disediakan.

“Kita berharap pelajar di sini akan mampu suatu hari nanti berdikari dalam usaha mereka meneruskan kehidupan nanti.

Advertisement

“Hasil dari penanaman cili ini sedikit sebanyak akan membantu PDK ini dari terus menjana pendapatan mereka sekaligus pihak kami akan membantu dari sudut perkara-perkara yang lain nanti untuk menambahkan lagi pendapatan PDK ini,” katanya.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berharap usaha tersebut akan terus berkesinambungan pada masa akan datang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top