BM | EN | 中文

Kebun dalam laluan pembinaan landasan kereta api, Adun Paloh mohon pertimbangan pemaju dan KTMB

Adun-Paloh-mohon-pertimbangan-pemaju-dan-KTMB.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 NOV: Adun Paloh, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali berharap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dapat mengusahakan penyelesaian ‘menang-menang’ dengan penduduk kampung yang dicabut tanaman bagi memberikan laluan kepada pembinaan landasan kereta api.

Katanya, pertimbangan perlu dibuat berikun penduduk di Kampung Muhibbah disini telah mengusahakan tanaman sejak sekian lama dan pihak KTMB dimohon untuk menggunakan budi bicaranya dalam menyelesaikan masalah tersebut.

“Jika dilihat pada geran tanah melibatkan kebun-kebun kecil di belakang Kampung Muhibbah, ada beberapa tanaman sawit dan durian yang terpaksa dicabut.

Advertisement

“Tanaman tersebut telah memasuki kawasan Right Of Way (ROW) Keretapi Tanah Melayu (KTM) bagi Projek Landasan Keretapi Elektrik Berkembar (PLEB).

“Saya ambil inisiatif mempertemukan wakil pemaju projek dengan pemilik pekebun kecil untuk berbincang dan berfaham-faham.

“Hal ini kerana meskipun tanaman para pekebun kecil memasuki ROW KTM, namun sejak sekian lama mereka telah bercucuk tanam disitu dan mendapatkan hasil.

Advertisement

“Perkara ini saya fikir wajar diambil kira untuk pertimbangan dan budi bicara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sheikh ‘Umar berkata, pada Oktober lalu turut berlaku masalah apabila pekebun-pekebun kecil di Kampung Muhibbah mengalami masalah untuk membawa keluar hasil sawit mereka.

Ia berikutan langkah penutupan laluan keluar masuk para pekebun kecil bagi pembinaan PLEB.

Advertisement

“Ini bukan kali pertama. Sebelum ini pun saya ambil langkah sama, mempertemukan kedua-dua pihak untuk berbincang dan cari penyelesaian,”

Difahamkan, para pekebun mencadangkan kepada pemaju YTL bagi pembinaan laluan baru diatas tanah Kampung Muhibbah, bersebelahan landasan PLEB, di sebelah laluan lama yang dah ditutup tu.

Justeru itu, beliau berharap agar penyelesaian dicapai dan memohon pertimbangan KTMB dan YTL untuk berunding semula dengan penduduk kampung.

Advertisement

“InsyaAllah penyelesaian secara ‘menang-menang’ bagi kedua-dua pihak pemaju dan pekebun kecil boleh dicapai,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top