BM | EN | 中文

KEBERSIHAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

andrew.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OKT: Kira-kira 2,500 kilogram sampah berjaya dikutip di sekitar bandaraya ini menerusi penyertaan lebih 500 peserta dalam program amal yang dijalankan baru-baru ini.

Program yang dihadiri oleh Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng itu menyaksikan peserta berjalan kaki sambil mengutip sampah di kawasan Taman Pelangi, Taman Sentosa dan Taman Sri Tebrau.

“Apabila kita membuang sampah secara merata-rata, orang lain terpaksa membantu kita untuk membersihkan kawasan yang disepahkan itu,” katanya.

Advertisement

Justeru, beliau menyeru orang ramai untuk bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran untuk kesenangan masyarakat bersama.

Pada program tersebut, peserta-peserta mengutip sampah yang dibuang secara merata-rata di dalam kawasan semak, longkang dan tepi jalan.

Dalam pada itu, Andrew juga sempat mengadakan aktiviti gotong-royong di sebuah pusat penjaja Taman Sri Tebrau, di sini.

Advertisement

“Pusat penjaja di sini merupakan tempat yang menawarkan makanan untuk berbilang kaum dan sangat terkenal dengan para pelancong yang datang ke negeri Johor” katanya lagi.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top