BM | EN | 中文

KEBERANGKALIAN PH MENANG TINGGI-ZURAIDA

IMG-20191113-WA0033.jpg
Advertisement

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 13 NOV : Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Zuraida Kamaruddin yakin kebarangkalian calon PH, Karmaine Sardini untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai amat tinggi.

Advertisement

Menurut beliau, ia berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada masyarakat sepanjang tempoh kempen.

“Alhamdulillah, jentera wanita PH dan jentera yang lain mendapat pandangan positif mengenai potensi kemenangan di Tanjung Piai.

“Sambutan ditunjukkan masyarakat pelbagai kaum amat menggalakkan dan kita tak nafikan kebarangkalian untuk menang ini sangat tinggi,” katanya.

Advertisement

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian kepada wartawan selepas melepaskan konvoi Kayuhan Bomba Komuniti di Permas, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahya Madis.

Pada program itu, kira-kira 100 anggota bomba terlibat dalam kayuhan tersebut sebagai salah satu aktiviti bulanan bomba komuniti.

Advertisement

Kerusi Parlimen Tanjung Piai dikosongkan selepas penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Pontian pada 21 September lepas.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top