BM | EN | 中文

Keberadaan penjawat awam, GLC dan PBT Johor di pejabat ditetapkan 70 peratus

R-Vidyananthan-Dun-Kahang.jpg

Vidyananthan (kiri) ketika membuat lawatan ke Hospital Pontian, baru-baru ini (Gambar Ehsan FB R. Vidyananthan)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 MEI: Kerajaan Johor menyambut baik keputusan Menteri Kanan (Kluster Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan perkhidmatan awam di seluruh negara akan beroperasi dengan keberadaan penjawat awam sebanyak 70 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata ia sebagai langkah terbaik bagi mengurangkan kontak kakitangan yang berada di pejabat pada satu-satu masa.

“Justeru, kerajaan negeri bersetuju supaya perkhidmatan kerajaan di bawah Perkhidmatan Awam Negeri Johor, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Johor supaya beroperasi sepenuhnya dengan keberadaan penjawat awam sebanyak 70 peratus,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata keputusan tersebut berkuatkuasa serta-merta bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada perniagaan dan rakyat tidak terjejas, seterusnya menyokong pertumbuhan semula ekonomi negara.

Dalam pada masa yang sama penggunaan aplikasi dalam talian perlu terus digalakkan bagi meminimumkan kehadiran pelanggan ke kaunter selari dengan amalan jarakan sosial.

Manakala ketua jabatan perlu memastikan semua SOP (prosedur operasi standard) keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu badan, pengamalan jarakan sosial, memakai pelitup muka dan penyediaan cecair sanitasi tangan.

Advertisement

Dalam pada itu Vidyananthan memaklumkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, dengan kerjasama pelbagai agensi telah melaksanakan Operasi Sanitasi Awam di seluruh daerah.

“Walaupun kita telah memasuki fasa PKPB, JBPM Johor masih komited melaksanakan operasi sanitasi awam di seluruh negeri bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di premis-premis awam.

“Sejak 27 Mac 2020 hingga semalam, sebanyak 1,938 lokasi merangkumi 738 (bangunan kerajaan), 146 (rumah ibadat), 465 (tempat awam) dan 589 (lain-lain) telah disantasi,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top