BM | EN | 中文

KEBAKARAN KOPERASI SEKOLAH, LIMA PELAJAR SMK BANDAR BARU UDA SESAK NAFAS

KEBAKARAN-KOPERASI-SMK-BANDAR-BARU-UDA.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 OGOS: Lima pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda, di sini, dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat sesak nafas ekoran kebakaran bilik koperasi sekolah berkenaan hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru PBK II (Pegawai Bomba Kanan) Lasidin Nariano berkata kesemua mereka mengalami sesak nafas kerana berjemur lama di bawah sinaran matahari terik di tempat berkumpul sekolah itu selepas berlakunya kebakaran terbabit.

“Sesak nafas itu bukan disebabkan oleh asap (kebakaran). Ketika kejadian, bilik koperasi tersebut tiada orang di dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Advertisement

Lasidin berkata bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 9.32 pagi tadi dan seramai 18 anggota bersama tiga jentera BBP Johor Bahru serta sebuah jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke tempat kejadian.

Beliau berkata operasi pemadaman kemudian turut dibantu sembilan anggota bersama dua jentera dari BBP Tebrau.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik koperasi sekolah berkeluasan 20x20x15 kaki yang terbakar 60 peratus,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu masih disiasat.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top