BM | EN | 中文

KEBAKARAN HUTAN GELANG PATAH BERJAYA DIPADAM, OPS BERSEPADU DIHENTIKAN

operasi-padam-kebakaran-gelang-patah-ditamatkan.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 SEPT: Operasi bersepadu bagi memadam kebakaran 16 hektar hutan di Jalan Tanjung Kupang dekat Gelang Patah, yang terbakar sejak 21 Ogos lepas dihentikan mulai hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata, keputusan itu diambil susulan daripada status pemadaman kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, yang kini sudah mencapai 99 peratus.

Katanya, penghargaan harus diberikan kepada JBPM, agensi, sukarelawan, serta orang ramai yang bertungkus lumus memadam kebakaran semenjak hari pertama operasi dilancarkan.

Advertisement

Bagaimanapun, menurutnya rondaan dan pemantauan akan terus dilakukan JBPM dan pihak berkuasa yang lain di sekitar kawasan berkenaan, bagi membendung sebarang aktiviti pembakaran terbuka.

“Pihak Jabatan Alam Sekitar juga telah mengambil langkah proaktif, dengan menempatkan alat pemantau kualiti udara ‘Mobile Enviromental Dust Monitoring’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang.

“Langkah ini dapat memberi manfaat secara langsung kepada sekolah setempat (termasuk SK Tanjung Adang bersebelahan SMK Tanjung Adang), untuk memantau kualiti udara secara terus, memandangkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah bermula 4 Sept,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di Dewanraya Tanjung Adang, di sini, hari ini.

Advertisement

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad dan Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top