BM | EN | 中文

KEBAKARAN HUTAN GELANG PATAH: 60 PERATUS KEBAKARAN SUDAH DIPADAM BOMBA

WhatsApp-Image-2019-08-24-at-1.31.37-PM.jpeg
Advertisement

ISKANDAR PUTER, 24 OGOS: Anggota bomba hari ini telah berjaya memadamkan hampir 60 peratus kebakaran melibatkan 16 hektar kawasan hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang di Gelang Patah, yang bermula sejak Rabu.

Operasi yang masuk hari ke-4 hari ini, diteruskan dibawah pengawasan Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohd Faizul Selamat.

“Pemadaman ini dijalankan dengan kekuatan anggota seramai 70 orang melibatkan 10 buah balai di bawah Zon 1, Johor dan 12 buah jentera termasuk bantuan jentolak dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan penduduk tempatan,” Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor berkata dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Anggota bertugas hari ini menggunakan teknik firebreak – dengan menggali batas parit diisikan air bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain.

Faktor sumber air tanah yang terhad serta cuaca panas berpanjangan dipercayai menyukarkan usaha bomba memadam kebakaran tersebut. Walaubagaimanapun, bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak jauh.

Punca kebakaran hutan di Gelang Patah itu, yang bermula kira-kira jam 11.45 pagi pada Rabu, sedang disiasat pihak bomba.

Advertisement

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor Dzulkefly Ahmad, yang juga Adun Kota Iskandar berkata orang ramai tidak perlu risau dan panik dengan kejadian tersebut yang berjaya dikawal baik oleh bomba.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top