BM | EN | 中文

KEBAKARAN HUTAN DI TAMAN PERINDUSTRIAN NUSA CEMERLANG

kebakaran-hutan.jpg

ISKANDAR PUTERI, 17 SEPT: Selepas kebakaran hutan di Gelang Patah dan di Pontian baru-baru ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kini bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, di sini.

Menurut Komander Operasi JBPM, Faisal Ismail, kebakaran telah merebak dari lapan hektar kepada 14 hektar ketika kejadian berlaku hari ini.

“Pihak bomba menerima panggilan pada 10.32 pagi dan seramai 12 anggota terlibat dalam operasi pemadaman yang masih berjalan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan disini.

Faisal berkata, pihaknya kini sedang berusaha memadamkan api dengan menggunakan teknik pemadaman secara terus atau ‘direct attack’ dan memutuskan api dengan sumber berhampiran atau ‘fire break’.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan sementara anggota bomba masih berusaha memadamkan api,” katanya lagi.

Terdahulu dilaporkan, kebakaran hutan seluas 16 hektar telah berlaku di Kampung Pekajang dekat Gelang Patah, di sini.

Pihak bomba terpaksa mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menamatkan operasi itu.

Selain itu, pihak bomba juga berjaya memadamkan kebakaran yang berlaku di kawasan ladang tanah gambut milik Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), di Pontian baru-baru ini.

Operasi itu turut mengambil masa kira-kira 14 hari.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top