BM | EN | 中文

Kebakaran HSA: Kerajaan digesa ikut syor jawatankuasa siasatan bebas

aminolhuda-hassan.jpeg
Advertisement

BATU PAHAT, 3 JUL: Kerajaan digesa untuk bertindak segera mengikut syor yang dikemukakan jawatankuasa siasatan bebas dalam menangani isu kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menurut Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan, beliau bimbang dengan berulangnya kejadian kebakaran di hospital tersebut dan yang terbaru adalah di wad perempuan pada 28 Jun.

Katanya, sebagaimana yang dilaporkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor yang menyatakan bahawa kebakaran berlaku membabitkan panel oksigen, vakum, ‘call bell’ dan suis wad berkenaan perlu segera ditambahbaik.

Advertisement

“Kami bersyukur kejadian kali ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa hasil tindakan pantas kakitangan hospital yang bertindak segera menyelamatkan nyawa para pesakit di samping kecekapan JBPM mengawal kebakaran.

“Ekoran kejadian yang berulang ini, kami menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi perhatian serius terhadap syor-syor penambahbaikan yang dikemukan dalam laporan Jawatankuasa Siasatan Bebas menyiasat punca 25 Oktober 2016 yang telah mengorbankan 6 pesakit.

“Jawatankuasa Siasatan Bebas telah mengemukakan pelbagai cadangan penambahbaikan termasuk latihan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan, penambahbaikan infrastruktur hospital, tambahan laluan kecemasan, pembaikan sistem elektrik bangunan dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Advertisement

Beliau yang merupakan Adun Parit Yaani berkata kerajaan perlu berganding bahu bersama agensi-agensi berkaitan termasuk JBPM bagi melaksanakan segala syor tersebut.

Tambahnya lagi, peningkatan keselamatan bangunan selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Johor 1984 dan 1986. Akta Bekalan Elektrik 1990 serta Peraturan Elektrik 1994.

“Kerajaan juga harus meluluskan peruntukan kewangan khas secepat mungkin bagi memastikan segala kerja pembaikan bangunan dilaksanakan segera bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat buat para petugas hospital.

Advertisement

“Ia lebih-lebih lagi dalam keadaan petugas hospital berdepan peningkatan jumlah pesakit pasca-PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan memastikan agar aspek-aspek keselamatan tidak diabaikan.

“Keselamatan rakyat tidak wajar dikompromi dalam apa jua keadaan. Tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top