BM | EN | 中文

KEBAKARAN DI PANGSAPURI TITIWANGSA, SEORANG LELAKI MELECUR DI LENGAN

IMG-20191218-WA0010.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 DIS: Seorang lelaki berusia 24 tahun cedera ringan apabila terlibat dalam kebakaran di Pangsapuri Titiwangsa di Bandar Baru Uda, di sini.

Dalam kejadian 6.44 pagi tadi, mangsa yang dikenali sebagai Andik Mohamad Hadzry Mohamed Shaubi melecur di bahagian lengan.

Menurut Komander Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal, mangsa bersama beberapa ahli keluarga pada waktu kejadian.

Advertisement

“Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan dan tiga jentera, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu utiliti dari BBP Larkin dengan kekuatan 20 anggota digegaskan ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Suhaimi berkata, setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah pangsapuri di tingkat bawah berkeluasan 20 kaki x 60 kaki dan telah terbakar 70 peratus.

“Kebakaran telah menyebabkan Andik mengalami cedera ringan dan telah diberikan rawatan awal oleh Unit EMRS Bomba,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih di dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 8.04 pagi tadi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top