BM | EN | 中文

Kebakaran di Blok C, Flat Stulang Laut berjaya dipadamkan orang awam

kebakaran-rumah-8-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 DIS: Dua unit rumah di Blok C, Flat Stulang Laut terbakar dalam satu kejadian, awal pagi hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Mohd Rafie Ahmad Sareng berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kebakaran itu pada jam 7.16 pagi.

“Pihak bomba yang menerima laporan tersebut terus bergegas ke lokasi kejadian dengan tiga buah jentera beserta 27 pegawai dan anggota bomba.

Advertisement

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran yang melibatkan bahagian depan dua unit rumah berkenaan telah berjaya dipadamkan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top