BM | EN | 中文

KEADILAN Selangor sampaikan sumbangan 1,000 bakul makanan untuk mangsa banjir di Johor

bantuan-bencana-banjir-pkr-johor.jpg

SHAH ALAM, 17 JAN: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor menyediakan sebanyak 1,000 bantuan makanan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di Johor.

Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kepada Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Johor, Jimmy Puah Wee Tse semalam di Johor Bahru, Johor.

“Terima kasih kepada Datuk Menteri Besar Selangor (Amirudin) atas kesudian menyumbang 1,000 bakul makanan untuk mangsa banjir di Johor dan luang masa bersama anggota parti,” kata Jimmy, lapor SelangorKini.

Tujuh daerah di negeri itu meliputi Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Tangkak, Johor Bahru dan Batu Pahat terjejas banjir sejak akhir Disember hingga awal Januari.

Selangor turut mengalami banjir besar pada 18 Disember yang mengakibatkan puluhan ribu penduduk terjejas.

Kerajaan Selangor kemudian menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan beban mangsa antaranya sumbangan RM10,000 kepada waris korban bah dan RM1,000 kepada mangsa banjir.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top