JOHOR BAHRU, 29 SEPT : Bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lapan kawasan di negeri hari ini tidak menunjukkan perbezaan ketara berbanding semalam.
Setakat jam 5 petang hari ini, hanya empat kawasan penurunan bacaan IPU iaitu Segamat (87 kepada 78), Larkin (87 kepada 84), Pasir Gudang (78 kepada 76) dan Pengerang (68 kepada 67).
Manakala, empat kawasan lagi menunjukkan peningkatan bacaan iaitu Batu Pahat (61 kepada 62), Kluang (58 kepada 60), Kota Tinggi (62 kepada 66) dan Tangkak (52 kepada 65).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat keadaan jerebu yang sedang melanda ketika ini.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini.
Johorkini