BM | EN | 中文

KDNK suku keempat 2020 Malaysia diunjur menguncup di antara 3 hingga 3.8 peratus

AM-investment-Bank.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Unjuran awal bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat Malaysia dijangka menguncup pada julat di antara 3.0 peratus dengan 3.8 peratus, sebahagiannya disebabkan permintaan yang lemah, menurut AmInvestment Bank.

Bank pelaburan itu menjelaskan menerusi Laporan Ekonomi olehnya, perniagaan akan mengalami tekanan kapasiti susulan tunggakan kerja berkurangan yang mengakibatkan penurunan pegangan bahan mentah dan barangan separa siap.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor pembuatan kekal menyusut bagi bulan keempat berturut-turut pada November, dengan bacaan pada 48.4, rendah sedikit berbanding dengan 48.5 pada Oktober.

Advertisement

Bank pelaburan itu berkata prestasi tersebut bagaimanapun berbeza dengan aliran ASEAN yang meningkat kepada 50 (ambang yang membezakan di antara pengembangan dengan penguncupan) buat kali pertama sejak Mac.

“Bacaan PMI pembuatan yang rendah pada November tidak mengejutkan memandangkan ia ekoran peningkatan kes COVID-19 di peringkat tempatan dan luar negara, selain langkah sekatan untuk mengekang penularan virus itu.

“Ini mengurangkan permintaan terhadap barang-barang perkilangan manakala rantaian bekalan mengalami cabaran untuk memberikan input pada tepat masanya. Justeru, perniagaan menjajarkan operasi berdasarkan pengeluaran mereka,” katanya dalam laporan itu.

Advertisement

Bagaimanapun, berasaskan data PMI pembuatan dua bulan terakhir, sudut positifnya adalah ia tidak menunjukkan penurunan ketara yang sama seperti pada April yang merosot kepada 35.6 kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Ini mungkin sebahagiannya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO) yang lebih bersasar, dengan implikasi yang kurang menjejaskan penawaran dan permintaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top