BM | EN | 中文

KDN PERTIMBANG BAIKPULIH IPD PONTIAN, KAYU ARA PASONG

muhyiddin-yassin-ipd-pontian.jpg
Advertisement

PONTIAN, 19 OKT : Lebih RM1 juta diperlukan untuk menambahbaik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian selain cadangan menggantikan Balai Polis Kayu Ara Pasong dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, cadangan itu dikemukakan kepadanya semasa lawatan beliau ke IPD berkenaan semalam, bagi meninjau persiapan pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai yang bakal berlangsung.

“Terdapat beberapa permohonan telah dikemukakan. Saya telah ambil perhatian dan lebih RM1 juta diperlukan untuk itu.

Advertisement

“Ada cadangan untuk ganti Balai Polis Kayu Ara Pasong yang sudah agak lama. Saya fikir kita akan berikan keutamaan.

“Kedudukan dari segi keadaan projek pembangunan diperlukan untuk tambah baik kemudahan bagi pegawai dan kakitangan yang bertugas di IPD ini,” katanya selepas lawatan tersebut.

Kata Muhyiddin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapat peruntukan agak baik dalam Belanjawan 2020.

Advertisement

Justeru, pihaknya dicadang menyediakan peruntukan RM200 juta bagi menambahbaik kuarters polis selain peruntukan operasi dan pembangunan lain.

“Yang penting kita akan pastikan senarai-senarai projek yang telah disenaraikan dapat dilaksanakan dalam tempoh segera.

“Ada beberapa projek kita serah balik kepada pihak jabatan kerja raya (JKR) untuk dilaksanakan. Saya juga minta agar kerja-kerja untuk sedia terima tawaran diselesaikan seberapa cepat,”katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top