BM | EN | 中文

KDN akan mula usaha tambahbaik Kompleks CIQ Johor

IMG-20200204-WA0006.jpg

Muhyiddin pada lawatan di kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Ibrahim, hari ini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 FEB: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan usaha menambahbaik prasarana di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, KDN telah mengambilalih pengurusan bangunan tersebut mulai 1 Januari 2020.

Katanya, kompleks tersebut sebelum ini di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Advertisement

“Ada beberapa perkara yang diberitahu antaranya kita dah diperuntukkan sebanyak RM85 juta oleh Kementerian Kewangan, yang akan kita laksanakan dalam tempoh mulai sekarang.

“Antara langkah yang dibuat ialah menambahbaik sistem pencahayaan. Ada didapati di beberapa tempat di bangunan ini agak gelap. Kita ambilalih semua sekali. Bermakna urusan bangunan ini akan dibuat oleh KDN.

“Kita akan melihat kepada perkara yang patut ditambahbaik seperti sistem pencahayaan, kawalan keselamatan, kemudahan seperti tandas dan sebagainya ,” katanya kepada wartawan pada sidang media selepas lawatan bagi memantau tahap keselamatan dan kesihatan di Bangunan Sultan Iskandar disini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata, ia adalah langkah segera yang perlu dibuat berdasarkan kepada perakuan jawatankuasa termasuk beberapa tindakan lain yang telah diputuskan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Dalam pada itu, kata Muhyiddin, pihaknya turut mempertimbangkan bagi pembinaan laluan berbumbung di Tambak Johor ke sempadan Singapura.

Muhyiddin pada sidang media selepas tinjauan tahap kesihatan dan keselamatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata,  akan bertemu dengan pengendali lebuh raya utara-selatan PLUS Malaysia Berhad bagi menambahbaik sistem laluan pejalan kaki.

Advertisement

“Kosnya agak besar. Kita akan rundingkan dengan beberapa pihak, terutama  PLUS yang sekian lama menguruskan lebuhraya di Tambak Johor. Dimaklumkan hampir tiap-tiap tahun kutip RM30 juta. Jadi kita nak runding.

“Keduanya dengan kerajaan negeri dan juga kerjasama dengan kerajaan Pusat. Ini inisiatif yang telah diperakukan, namun perlu disegerakan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top